HARI RAYA AIDIL FITRI

Hasil carian imej untuk sambutan raya aidilfitri


Pada tanggal 1 Syawal tahun hijrah,seluruh masrarakat islam di dunia akan menyambut hari Raya Aidil Fitri.Di Malaysia ,sambutan hari raya ini disebut Hari Raya Puasa.Hari raya ini setelah menghabiskan puasa pada bulan Ramadan.

PERAYAAN KAUM CINA

Hasil carian imej untuk PERAYAAN KAUM CINA

Perayaan Kaum Cina, Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar mereka iaitu tikus , lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

PERAYAAN  DEEPAVALI

 Hasil carian imej untuk sambutan deepavali

Perayaan kaum India ini dipanggil “Deepavali”.Perayaan ini disambut oleh masyarakat Hindu. Ianya dirayakan pada 22 Oktober/November atau ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
                                 
Perayaan di Sabah dan Sarawak

Hasil carian imej untuk gawai dayak 

Perayaan yang popular di Sarawak dikenali sebagai perayaan Gawai Dayak. Perayaan ini disaambut oleh kaum Dayak sebagai menandakan penghujung musim menuai serta permulaan musim tuaian baru. Untuk menyambut perayaan ini, kebiasaannya mereka akan membersihkan rumah serta kubur nenek moyang mereka. Sehari sebelum perayaan ini kesemua anggota keluarga akan berkumpul dan ahli keluarga yang paling muda akan menawarkan hidangan yang disediakan khas kepada kedua orang tua mereka. Pada perayaan ini juga, mereka akan menari dan mengenakan pakaian tradisional sambil menikmati “Tuak” iaitu sejenis arak yang diperbuat daripada nasi.


 Hasil carian imej untuk pesta keamatan

Perayaan  bagi suku kaum terbesar di Sabah pula ialah Pesta kaamatan yang dirayakan olah kaum Kadazan  Dusun. Pesta ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum Kadazan Dusun sejak zaman berzaman yang biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.


Comments

Popular posts from this blog