TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU

Kalau bercuti ke negeri Terengganu, destinasi sebegini adalah yang paling dikunjungi dan popular. Negeri Terengganu memang tidak dinafikan memang mempunyai banyak tarikan alam semulajadi yang cantik dan menarik seperti dibawah . 
Hasil carian imej untuk Pulau Redang
Pulau Redang – Merupakan destinasi percutian di pulau yang top di Terengganu bahkan di Malaysia kerana mempunyai pantai dan air laut yang membiru jernih. Pelancong ke sini boleh melakukan aktiviti snorkeling atau scuba diving untuk melihat keindahan terumbu-terumbu karang di sini. Di Pulau Redang juga terdapat resort dan hotel yang cantik dan sesuai sebagai destinasi berbulan madu. Perjalanan menaiki bot dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam 30 minit & dari Jeti Merang pula dalam 45 minit.


Hasil carian imej untuk tasik kenyir
Tasik Kenyir – Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia ini menawarkan beberapa produk pelancongan yang menarik untuk pelancong. Hasil terbinanya Tasik Kenyir ini adalah disebabkan pembinaan Empangan Kenyir yang secara tidak langsung mewujudkan tasik serta taburan ratusan pulau-pulau kecil. Antara aktiviti menarik di sekitar Tasik Kenyir yang boleh pelancong lakukan adalah memerhati burung liar, melawat santuari gajah, junggle trekking, menerokai gua-gua, memancing, melawat santuari ikan kelah dan bersuka ria di Kenyir Water Park.


Hasil carian imej untuk pulau perhentian
Pulau Perhentian – Satu lagi destinasi pulau yang popular di Terengganu selepas Redang. Pulau Perhentian sebenarnya terdiri daripada 2 pulau utama iaitu Pulau Perhentian Besar & Pulau Perhentian Kecil. Kalau anda sukakan aktiviti menyelam untuk melihat hidupan marin dan terumbu karang, Pulau Perhentian sangat dicadangkan untuk anda bercuti. Kemudahan penginapan seperti resort & chalet juga banyak di sini dan untuk pengetahuan Pulau Perhentian pernah disenaraikan sebagai salah satu destinasi pantai yang tercantik di Dunia oleh CNN.


Hasil carian imej untuk pulau tenggol
Pulau Tenggol – Satu lagi pulau yang menawan di Terengganu yang kecantikan air, pantai & hidupan marinnya setanding dengan Pulau Redang & Pulau Perhentian. Destinasi ini memang tidak asing untuk mereka yang suka menyelam / scuba diving kerana mempunyai kawasan terumbu karang yang cantik serta hidupan marin yang eksotik. Kalau bernasib baik penyelam boleh berjumpa dengan ikan yu.


Hasil carian imej untuk air terjun chemerong
Air Terjun Chemerong – Tempat mandi manda di Terengganu yang sangat popular yang terletak di dalam Hutan Lipur Chemerong yang juga merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Pasir Raja. Lokasinya yang agak pedalaman dari jalan utama pasti menjanjikan keaslian alam flora yang masih kekal terjaga. Air Terjun Chemerong merupakan antara air terjun yang tertinggi di Malaysia dan di sini jugalah tempat pendaki memulakan pendakian menuju ke Gunung Berembun sambil mandi manda di Sungai Bangang yang sangat jernih membiru seperti di laut.


Hasil carian imej untuk air terjun sekayu
Air Terjun Sekayu – Sebuah lagi tempat mandi manda air terjun yang popular di Terengganu yang terletak di Kuala Berang. Air terjun bertingkat yang jernih di kelilingi Hutan Lipur Sekayu ini memang sesuai untuk pelancong berkelah, buat kem motivasi, berkhemah atau juga menginap di chalet di tepi air terjunnya yang pasti memberi satu pengalaman yang berbeza. Terdapat juga taman tema air mini yang mempunyai water slide yang sesuai untuk kanak-kanak bersuka ria.

Comments

  1. Kunjungilah Negeri Terengganu. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Tidak akan menyesal punyalah. "Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-baik"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kuih-muih sedap kat Ganu Boh